Situasi
Ayam bermacam ayam |
Mungkin kalian akan mempersoalkan kenapa aku memilih judul blog pada kali ini berkaitan dengan seekor haiwan iaitu ayam. Apakah kaitannya dengan bahasa? Itulah yang akan aku kongsikan bersama kalian.Buat pengetahuan kalian ketika aku dan teman lain menaiki bas untuk ke kuliah pada pagi tadi, kami telah dihiburkan dengan sebuah lagu yang didendangkan oleh seorang penyanyi tanah air kita yang tidak asing lagi iaitu Jalil Hamid. Lagu yang didendangkan itu bertemakan seekor haiwan iaitu “ayam”. Apabila lagu tersebut mula dinyanyikan keadaan di dalam bas yang tadinya kelihatan muram dan sunyi bertukar ceria dengan hadirnya lagu yang menghibur hati itu. Aku cuba meneliti dan menghayati setiap bait-bait kata yang keluar dari corong radio bas tersebut. Terasa begitu terhibur mendengar kalimat-kalimat pada lirik yang dicipta oleh penyanyi yang berbakat ini.
Tinta bicara
Bagiku lagu yang diciptakan ini sungguh unik dan aku akui pada bakat dan kebijaksanaan penciptanya itu. Hal ini demikian kerana lagu ini bukan sahaja dapat menghiburkan hati pendengar, malah terdapat banyak unsur pengajaran dan pendidikan di dalamnya.Jika kalian hayati dan telusuri akan bait-bait kata-katanya terdapat banyak peribahasa dan pantang larang yang berguna kepada kita. Apa yang membuatkan aku begitu teruja dengan kepandaian pencipta lirik lagu ini ialah dengan berkisarkan seekor ayam, beliau berjaya mengolah idea menjadi sebuah lagu yang mengandungi isi yang bernas. Di samping itu, dengan bertemakan seekor ayam juga, beliau berjaya menghasilkan banyak peribahasa dan pantang larang seperti yang terkandung dalam lagu tersebut yang sememangnya wujud dalam masyarakat Melayu yang telah dicipta oleh nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Seperti yang kita tahu peribahasa dan pantang larang ini merupakan kata-kata kiasan yang indah dan disampaikan kepada masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan berdisiplin tinggi bagi melahirkan sahsiah diri yang unggul. Keunikan bahasa kiasan inilah yang menampakkan bahasa Melayu lebih indah dan sesuai diterapkan dalam penulisan, pertuturan, puisi dan juga nyanyian agar kelihatan lebih menarik. Berikut merupakan lirik lagu ‘ayam’ yang mengandungi banyak peribahasa dan pantang larang yang berkisarkan seekor ayam. jika mahu lebih terhibur saksikan video klip lagu ayam di bawah ini.
Lirik lagu ayam
nyanyian Jalil hamid
nyanyian Jalil hamid
Ayam..
Bermacam ayam
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam
ayam turki, ayam belanda
Ayam Hutan, boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam
ayam turki, ayam belanda
Ayam Hutan, boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar
Ibu..
Si ibu ayam
Telor sebijik
Riuh sekampung
Si ibu ayam
Telor sebijik
Riuh sekampung
Kata bidalan, berkaki ayam
kalau makan, ajak-ajak ayam.
Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam
Kalau tak nampak itu rabun ayam
kalau makan, ajak-ajak ayam.
Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam
Kalau tak nampak itu rabun ayam
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng
Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
Makan kepak ayam peha ayam dada ayam
Satu tak boleh makan jangan makan bulu ayam
Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
Makan kepak ayam peha ayam dada ayam
Satu tak boleh makan jangan makan bulu ayam
No comments:
Post a Comment