Sunday, March 13, 2011

UNCLE YANG MASIH MUDA

situasi
Peristiwa yang agak menarik hari ini apabila aku, mun, yumi telah ke sebuah rumah kebajikan orang tua atau lebih dikenali dengan rumah sejahtera yang terletak di Jalan Ketoyong. Kami ke sana dengan menaiki sebuah teksi di mana pemandunya seorang yang berbangsa India dan bertubuh gempal.  Sesuatu yang menarik hatiku ialah apabila Yumi memanggil lelaki tersebut dengan gelaran ‘uncle’. Walaupun secara kasarnya kelihatan wajah pemandu tersebut seperti sudah berumur namun jika diperhatikan  betul-betul aku dapat merasakan lelaki tersebut masih berusia muda. Aku segera menegur rakanku itu ‘ yumi muda lagi la mana boleh panggil uncle”. Rakanku segera meletakkan tangannya di mulut menandakan kesilapan yang dilakukan. Mendengar kata-kataku pemandu tersebut terus tersenyum dan membalas bicaraku ‘yalah saya muda lagi, kalau dah berumur 40 tahun ke atas bolehlah panggil uncle’ sambil ketawa. Pada mulanya kami rasa agak  bersalah, namun apabila melihat pemandu tersebut seperti tidak kisah dan tidak mengambil hati akan panggilan yang rakanku gunakan, lama kelamaan perasaan itu semakin pudar. Tambahan pula pemandu tersebut begitu ramah dan mesra melayan pelanggannya walaupun berbeza agama dan bangsa. Sikap beginilah yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat sepertimana yang sering dilaungkan oleh Negara kita. Walaupun kita berbeza agama, bangsa dan warna, namun kita tetap satu, SATU MALAYSIA.

                                                                             


Tinta bicara
Berdasarkan peristiwa hari ini, aku mendapat pengajaran baru iaitu kita haruslah berhati-hati ketika menggunakan kata sapaan atau gelaran kepada seseorang. Jangan sewenang-wenangnya memanggil seseotrang dengan melihat aspek fizikalnya sahaja. Jalan yang lebih selamat gunalah kata sapaan 'encik' atau 'saudara'. walaupun sapaan ini nampak seperti dalam situasi rasmi atau 'skima' namun kadang kala ada kebaikannya. Kadangkala kata sapaan atau gelaran yang kita gunakan boleh membuatkan orang lain tersinggung atau berasa hati. namun dalam situasi ini kami bernasib baik kerana pemandu tersebut seorang yang baik hati dan mesra orangnya. aku puji sikap yang ada pada pemandu tersebut walaupun rakanku telah tersalah menggunakan kata sapaan yang tidak sepatutnya kepada pemandu tersebut.Namun begitu,  peristiwa ini sungguh berharga antara kami kerana masih wujud masyarakat kita yang mengamalkan nilai sopan dan ramah mesra dalam berbahasa. Nilai inilah yang perlu ada dalam diri setiap insan bagi mewujudkan keharmmonian dalam masyarakat kita hari ini.


                                                               

No comments:

Post a Comment