Situasi
Hari ini teman serumahku menyatakan keinginannya untuk memasak spageti untuk insan yang disayangi. Dia juga menyatakan rasa gembiranya kerana bahan-bahan masakan yang dicari akhirnya ditemui juga walaupun telah beberapa kedai yang dicarinya kehabisan bahan-bahan tersebut. Dari raut wajahnya aku dapat lihat kegembiraan dan kesungguhannya untuk menyediakan juadah tersebut. Pada malam itu kulihat banyak juga bahan yang dibeli, katanya ingin masak lebih agar aku dan teman-teman yang lain juga boleh menikmati bersama. Pada keesokan harinya ketika aku keluar dari kamar tidur kulihat temanku itu telah menyediakan bahan-bahan yang dibelinya untuk dimasak.
seketika kemudian kulihat raut wajahnya seperti ada sesuatu kesulitan. Belum sempat aku menyoal, dia menunjukkan tin sos kimbal dan tin iaitu antara bahan yang akan digunakan untuk memasak. Aku tidak mengerti apa yang dimaksudkan. Sekali lagi dia menunjukkan tin tersebut dengan riak muka seperti orang yang mempunyai masalah. Aku sekali lagi tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan wajah yang penuh tanda tanya. Lantas aku menyolnya :
Aku : kenapa dengan tin tu?
Aida : ni ha macam na nak bukanya? alat pembuka tin tak ada
Aku : oooh kenapa tak cakap awal-awal, ko tunjuk isyarat pada tin je, mana aku faham.
Aida : saje je aku ingat kau dah faham.
Tinta Bicara
Apakah penggunaan bahasa dalam peristiwa kecil ini? Secara kasar dapat dikatakan bahawa dengan penggunaan bahasa, seseorang dapat meluahkan apa yang ingin disampaikan. Tanpa penggunaan bahasa kadang-kala perkara ini dapat juga dilakukan, iaitu dengan menyampaikan buah fikiran yang sama dengan menggunakan bahasa isyarat, dengan gerak-geri tangan atau kaki dan adakalanya buah fikiran itu juga tidak difahami oleh orang lain, contoh dapat dilihat daripada situasi yang berlaku antara aku dan temanku. Tetapi buah fikiran itu dengan senang atau lebih senang dapat disampaikan melalui bahasa. Dengan melafazkan dua tiga ayat, serta dengan gerak badan yang sesuai, maksud dapat dinyatakan. Itulah salah satu fungsi utama bahasa kita. Bahasa digunakan sebagai alat perhubungan, alat untuk menyatakan buah fikiran dan perasaan demi menjayakan aktiviti seharian. Penggunaan bahasa juga adalah untuk menyampaikan perasaan, contohnya perasaan gembira,sedih, terkilan dan sebagainya. Melalui kata-kata, dengan disertai nada suara tertentu, berbagai-bagai perasaan dapat disampaikan. Perasaan sedih, marah, kecewa, dan berbagai-bagai lagi. Bedasarkan peristiwa ini, dapat dijelaskan bahawa melalui bahasa, kita sebagai pengguna-pengguna bahsa dapat melahirkan apa yang terpendam dalam sanubari, menyampaikan perasaan-perasaan tertentu sama ada untuk meminta pertolongan, arahan dan sebagainya untuk tujuan-tujuan tertentu.
No comments:
Post a Comment