Saturday, March 12, 2011

GURU BERBAHASA KESAT

Situasi
Sebelum ini aku pernah menceritakan tentang sikap ramah mesra yang ditunjukkan oleh warga sekolah yang telah  aku dan teman pergi untuk melangsaikan tugasan salah satu subjek yang aku ambil pada semester ini. Namun sebenarnya terdapat satu situasi yang mencacatkan pandangan kami tidak mahu aku bongkarkan pada asalnya. Namun  apabila difikirkan ada baiknya kisah ini  aku kongsi  bersama  supaya  boleh dijadikan pengajaran kepada saya dan rakan-rakan sebagai seorang bakal pendidik kelak. Ketika turun dari tangga untuk menuju ke kantin sekolah tersebut, kami telah dipertontonkan dengan satu kejadian yang agak kurang enak pada pandangan dan pendengaran kami ketika itu yang mana seorang guru di  situ telah melemparkan kata-kata kesat berunsur ugutan kepada pelajarnya. Berikut merupaka kata-kata guru tersebut yang sempat kami dengar ketika itu:

                                                         “SAYA SEPAK KAMU NANTI”

                                                        
                                             
Tinta Bicara
Sebagai seorang guru gunakanlah kata-kata yang baik ketika bertutur dengan pelajar. Sekalipun kita marah dengan sikap pelajar, tanamlah sikap sabar dan gunakanlah kata-kata lain yang boleh menyedarkan pelajar akan kekhilafan mereka. Penggunaan kata-kata tersebut sebenarnya boleh menjatuhkan profesion keguruan yang dianggap satu kerjaya yang mulia kerana tugas guru di samping mencurahkan ilmu, guru juga harus mendidik sahsiah pelajar. Daripada sikap guru tersebut jelas sekali akan menimbulkan pandangan negative kepada orang lain yang mendengarnya. Oleh itu, berdasarkan situasi ini satu peringatan kepada diriku sendiri dan rakan-rakan seperjuangan, sebagai bakal guru jagalah batasan kata-kata yang kita lemparkan kepada pelajar-pelajar kelak. Jika bahasa guru itu baik, maka baiklah bahasa anak didik kita, dan jika buruk bahasa yang kita gunakan maka buruk jugalah bahasa anak didik  yang kita lahirkan itu. Renung dan fikir-fikirkanlah.



                                                

No comments:

Post a Comment