Situasi
Tatkala jam menunjukkan angka 12.45, itu menandakan kuliah Semantik dan Pragmatik telah sampai ke penghujungnya. Seperti kebiasaannya Encik Abdullah Yusuf iaitu pensyarah bagi subjek ini akan menamatkan kelas setengah jam atau lima belas minit awal dari masa sebenar. Oleh kerana hari ini aku tiada kekangan atau sesuatu hal yang mengharuskan aku ke kampus, jadi aku dan teman terus sahaja pulang ke kolej kediaman. Setelah turun dari bas aku terus menuju ke pintu lif blok 3. Kulihat pada sudut atas pintu lif tertera angka 9. Timbul rasa menyampah apabila setiap hari harus melalui keadaan yang sama menunggu lif. Tambahan ketika kepenatan setelah pulang dari kuliah. Memang tidak dapat aku nafikan lif di blok tempat kutingal ini agak lembab berbanding lif di blok 1. Sementara menuggu lif bergerak dari aras 9 ke aras paling bawah iaitu ‘G’ , aku sempat melihat kertas-kertas iklan dan memo yang ditampal di sekitar pintu lif yang kebanyakannya mengandungi maklumat mengenai program-program yang akan dijalankan di kolej kediaman dan ada juga bertujuan untuk mempromosi sesuatu barangan. Sedang asyik melihat iklan-iklan tersebut aku terpandang pada papan tanda yang terdapat di tengah-tengah antara dua pintu lif yang menarik perhatianku ketika itu. Ini ialah papan tanda yang maksudkan:
Tinta bicara
Cuba anda perhatikan. Mengapa papan tanda ini menjadi persoalan? Bukankah ayatnya itu menunjukkan ayat yang gramatis? Ya sememangnya tiada kesalahan ayat di situ kerana penggunaan ayatnya sugah gramatis. Tetapi jika anda perhatikan secara terperinci kesalahan di situ ialah dari aspek ejaan kata sendi ‘di’ pada kata kerja ‘larang’ yang dieja jauh. Sebenarnya bagi sesiapa yang tidak tahu, mengikut peraturan dalam rumus tatabahasa bahasa Melayu, kata sendi ‘di’ apabila bertemu dengan kata kerja atau kata perbuatan haruslah didekatkan ejaannya. Manakala penggunaan kata sendi ‘di’ apabila bertemu dengan kata arah tau tempat hendaklah dieja secara terpisah. Contohnya seperti perkataan pada papan tanda berikut:
Untuk kita berbahasa Melayu dengan tepat bukan sahaja cara bertutur, sebutan atau ayat yang dipentingkan , bahkan harus dilihat pada hukum tatabahasa terlebih dahulu yang menjadi dasar kepada sesuatu ayat yang kita tutur atau tulis. Hal ini harus diambil berat agar kesalahan sebegini dapat dielakkan.
No comments:
Post a Comment