Monday, March 7, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Situasi
Semasa aku sedang beratur untuk menaiki bas berdekatan kawasan rumah teres Bahtera aku terpandang pada sebuah benner yang mengandungi ucapan Selamat Tahun Baru Cina bersempena tahun baru cina yang telah disambut baru-baru ini. Apa yang menarik perhatianku  ialah pada baris ayat ucapan yang tertera pada muka benner tersebut. Cuba anda lihat pada muka benner tersebut. Cuba anda bandingkan ayat dalam ucapan bagi benner yang pertama dengan benner yang kedua. Terdapat perbezaan bukan?

                                                     
                                                     Selamat Tahun Baharu Cina

                                               
                                                        Selamat Tahun Baru Cina

Perbezaan Baru dan Baharu itulah yang mengelirukan aku hingga kini. Penggunaan istilah manakah yang tepat sebenarnya? Oleh kerana aku masih tiada jawapan bagi persoalan ini, jadi aku tinggalkan soalan ini bermain di dataran mindaku terlebih dahulu. Selepas tamat kuliah aku dan teman telah ke perpustakaan Tengku Bainun untuk mencari bahan bagi menyiapkan tugasan Sosiolinguistik. Ketika sibuk mencari bahan aku terpandang pada sebuah buku hasil tulisan  salah seorang  pensyarah aku sendiri iaitu Prof. Ameritus Abdullah Hassan bersama dua orang lagi penulis iaitu Hasnah Ibrahim dan Mashudi Kader. Judul yang tertera pada kulit hadapan buku tersebut ialah Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Lantas aku mencapai buku tersebut dan menyelak dari satu halaman ke halaman berikutnya. Apabila tiba di halaman 48  aku terpandang satu tajuk iaitu  ‘proses peleburan’.  Di bawah tajuk tersebut aku dapat lihat persoalan yang tadinya aku tinggalkan pada dataran mindaku terpampang pada contoh-contoh istilah yang mengalami peleburan terkandung dalam buku tersebut. Ini adalah ulasan yang diberikan:



Tinta Bicara

…Kesalahan-kesalahan yang seterusnya timbul disebabkan proses peleburan yang berlaku dari semasa ke semasa ke atas sesetengah perkataan. Proses ini nampaknya tidak dapat dihalangi kerana telah menjadikannya salah satu daripada cirri-ciri semulajadi di dalam perkembangan bahasa.  Sebab mengapa proses ini timbul sukar dijelaskan. Besar kemungkinan proses ini lebih berat dipengaruhi oleh unsure sosioal daripada insur-unsur lain. Apa yang penulis maksudkan dengan unsure sosial di sini ialah pertama: proses peleburan ini mungkin merupakan hasil daripada sikap ahli-ahli masyarakat yang sentiasa mencari jalan dekat atau jalan pendek atau jalan ringkas untuk sesuatu perkara. Pendek kata semua urusan mahu cepat, kedua: proses peleburan mungkin dipengaruhi oleh bahasa-bahasa daerah seperti bahasa Melayu yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia yang mempunyai cirri-ciri kependekan pada sesetengah perkataan , misalnya:

Pergi       menjadi         pi
Mari        menjadi         mai

Di antara perkataan-perkataan yang telah pun menerima proses peleburan ini ialah :

Sahaya     menjadi      saya
Dahulu    menjadi     dulu
Baharu    menjadi      baru
Sahaja    menjadi       saja
Bahagi    menjadi      bagi


No comments:

Post a Comment