Situasi
Hari ini aku ingin menceritakan satu situasi yang berlaku dalam kuliah Sosiolinguistik yang telah aku hadiri pada pagi tadi. Semasa sesi pembentangan kerja kumpulan diadakan salah sebuah kumpulan telah ditegur oleh pensyarah subjek ini iaitu Dr. Zulkifli Ayob mengenai satu perkataan yang terdapat dalam slaid yang mereka bentangkan. Perkataan tersebut ialah ‘ memandai’ seperti yang terdapat dalam paparan slaid di bawah ini. Dr. menyuruh salah seorang pembentang mencari perkataan lain yang bermula dengan huruf p dan menggabungkan dengan imbuhan awalan me- dan imbuhan akhiran –kan. Wakil kumpulan tersebut mengambil perkataan ‘pandu’ dan apabila diimbuhkan menjadi ‘memandu’. Menurut Dr. memang tepat kata dasar ‘pandu apabila diimbuhkan akan menjadi memandu. Tetapi kata dasar ‘pandai’ apabila diberi imbuhan menjadi ‘memandaikan’ adalah salah dan tidak gramatis dalam konteks ayat yang mereka gunakan. Kesalah ini dapat dilihat dalam slaid di bawah ini:
Tinta Bicara
Daripada situasi ini jelaslah bahawa penggunaan sesuatu perkataan dalam sesuatu ayat yang kita ujarkan atau kita tulis haruslah dititikberatkan dari segi ketepatannya. Tidak semua kata dasar yang bermula dengan huruf boleh diimbuhkan dengan imbuhan awalan me- dan imbuhan akhiran –kan. Walaupun kadangkala perkataan yang kita gunakan itu betul dari segi ejaan, tatabahasa, atau sebutannya, namun kita harus melihat juga perkataan tersebut dalam konteks ayat. Penggunaan sesuatu perkataan dalam konteks ayat yang salah sekaligus bererti ayat tersebut tidak gramatis.
No comments:
Post a Comment