Situasi
Baru-baru ini aku telah berkunjung ke rumah ibu saudaraku yang terletak di Segambut Kuala Lumpur. Itulah kali pertama aku menjejak kaki ke rumah barunya.Sebelum ini ibu saudaraku menetap di Cheras. Ketika aku tiba di rumahnya aku begitu tertarik dengan satu situasi di mana terdapatnya seekor burung tiung peliharaan jiran sebelah rumahnya yang mampu berkata-kata. Dengan jelas aku dapat mendengar tutur kata burung tersebut menggunakan kata-kata seperti berikut:
Hai apakhabar apakhabar
Buat apa buat apa
Apa apa
Hello Selamat Petang
Tetapi istilah yang digunakan agak terhad. Burung tersebut lebih banyak mengulang istilah-istilah yang sama kepada manusia yang dilihatnya. di samping itu Burung tersebut juga lebih gemar meniru dan mengulang perkataan yang diujar manusia kepadanya. Namun aku agak teruja dengan situasi tersebut, aku hairan bagaimana seekor haiwan mampu berkata-kata seperti manusia walaupun bicaranya agak terhad dan tidak menggunakan bahasa Melayu dengan tepat. Menurut kata ibu saudaraku burung tersebut telah diajar dan dilatih oleh tuannya sejak kecil.
Tinta bicara
Sesuatu bahasa mampu diperoleh atau dikuasai melalui persekitaran. Contohnya haiwan yang dilatih bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu oleh tuannya akan bertutur menggunakan bahasa seperti yang dilatih oleh tuannya itu. Begitu juga dengan kanak-kanak akan menguasai bahasa yang yang ditiru daripada pertuturan ibu bapa atau keluarganya. Walaupun ada sesetengah haiwan mampu bertutur seperti manusia, namun terdapat kekurangan dan perbezaan yang tidak dapat menandingi bahasa pertuturan manusia. Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah mengenai sifat yang ada pada bahasa. Salah satu sifat bahasa itu alah bersifat manusiawi. Bahasa manusia adalah milik manusia. Bahasa adalah suatu aktiviti manusia dan bukannya aktiviti makhluk lain. Hanya manusia yang boleh berbahasa dengan tepat. Walaupun diketahui ada juga haiwan yang mampu mengeluarkan bunyi seperti manusia umpamanya monyet, burung, dan orang utan, tetapi ternyata bahasa manusia lebih baik kerana keupayaan manusia untuk mencantumkan bunyi-bunyi itu menjadi suku kata. Hal ini tidak berlaku kepada haiwan. Banyak haiwan boleh dilatih menutur bahasa manusia seperti burung kakak tua, tetapi haiwan seperti itu hanya boleh menutur sahaja tetapi tidak boleh menggunakan bahasa dalam konteks yang betul seperti man manusia.
No comments:
Post a Comment