Ketika aku sedang menilik sebuah buku untuk mendapatkan bahan bagi menyiapkan tugasanku, aku tertarik pada kata-kata berbentuk sajak yang dilampirkan pada halaman pertama buku tersebut. Berikut merupakan lampiran sajak tersebut:
Orang yang mengetahui
Dan tahu ia mengetahui
Dia itu ialah orang yang berilmu
Ikutlah dia
Orang yang mengetahui
Dan tidak tahu ia mengetahui
Bangunkanlah ia
Orang yang tidak mengetahui
Dan dia tahu dia tidak mengetahui
Dia itu orang yang meminta petunjuk
Tunjukilah dia
Orang yang tidak mengetahui
dan tidak tahu dia tidak mengetahui
dia itu ialah orang yang jahil
tolaklah dia
(imam Al-Ghazali.Ihya’-ulumuddin)
Terjemahan: H.Ismail Yakub dengan
tajuk Ihya’Al-Ghazali(1977:226)
Tinta Bicara
Apa yang ingin aku jelaskan berdasarkan sajak tersebut ialah mengenai aspek penggunaan bahasa yang berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan buah fikiran yang lebih tinggi, buah fikran yang abstrak dan bersifat kreatif. Dalam konteks ini bahasa menjadi alat penyampaian buah fikiran yang indah, yang hanya dapat dikuasai oleh orang-orang tertentu sahaja. Cuba anda perhatikan bait-bait kata yang begitu puitis hasil ciptaan Al-Khalil Bin Ahmad. Walaupun kata-kata yang digunakan nampak ringkas tetapi makna yang ingin disampaikan begitu mendalam. Dalam susunan kata-kata yang ringkas ini beliau berjaya menyatakan perasaan dengan menggambarkan sifat manusia yang mempunyai ilmu dan tidak berilmu. Beliau juga menyedarkan pembaca tentang tindakan terhadap golongan-golongan tersebut contoh pada rangkap pertama sajak tersebut beliau menceritakan mengenai golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan tindakan yang harus kita lakukan ialah mendekati golongan tersebut. Buah fikiran yang disampaikan melalui bahasa yang disampaikan dalam sajak tersebut jelas menunjukkan penciptanya amat menitik beratkan ilmu pengetahuan. Tidak semua penutur sesuatu bahasa dapat menurunkan bahasa-bahasa kreatif seperti ini dengan berjaya.Hanya memalui bahasa, pengetahuan sesuatu generasi dapat disampaikan kepada generasi yang yang seterusnya iaitu dengan cara pengetahuan itu diajar, dibukukan, untuk dibaca dan dipelajari oleh orang-orang kemudian. Tanpa bahasa, pengetahuan yang ada pada seseorang tidak dapat disampaikan kepada orang lain dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment