Situasi
Situasi berlaku ketika aku sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak nasi goreng tengah hari tadi. Bahan-bahan dan peralatan untuk memasak ku sediakan di atas meja seperti sayur, pisau, papan pemotong dan tidak lupa sehelai surat khabar lama untuk ku alas agar sisa sayur yang ku potong nanti tidak bersepah di atas meja. Inilah bahan-bahan yang ku sediakan sebelum memasak:
Sedang asyik memotong aku terpandang pada judul yang tertera pada surat khabar yang kujadikan alas tadi. Sila lihat pada judul yang tulisannya bersaiz besar tersebut:
INTERLOK dan kasta. Melihat ayat ini aku teringat kembali kepada satu majlis diskusi ilmu yang telah aku hadir dua minggu yang lalu di perpustakaan UPSI. Majlis ini sungguh menarik kerana selain memperoleh ilmu aku jua memperoleh beberapa pengajaran yang boleh dijadikan panduan. Diakhir pembentangan majlis tersebut, beberapa orang diberi peluang untuk bertanya dan memberi pendapat mengenai perbincangan mengenai novel interlok yang telah dibentangkan oleh beberapaorang pembentang. Majlis tersebut menjadi semakin hangat apabila terdapat beberapa orang pelajar daripada kaum India menyuarakan rasa tidak senang mereka mengenai isu kasta iaitu penggunaan istilah ‘paria’ dalam novel tersebut yang dianggap telah menghina kaum mereka.
Tinta bicara
Berdasarkan situasi ini, pengajaran yang boleh kita lihat di sini ialah penggunaan istilah sebenarnya boleh memberi implikasi besar kepada pengguna bahasa. Di sini kita dapat lihat betapa berkuasa dan berpengaruhnya sesuatu istilah yang digunakan. Oleh itu penggunaan sesuatu istilah haruslah difikirkan terlebih dahulu sebelum digunakan dengan sewenang-wenangnya. Mungkin sesetengah masyarakat memandang sesuatu istilah yang digunakan itu remeh dan tidak memberi apa-apa kesan, tapi bagi sesetengah golonga pula penggunaan istilah tersebut mungkin boleh mengganggu sensitiviti mereka.oleh itu pengajaran di sini ialah sebelum mengeluarkan sesuatu kata atau bahasa kajilah terlebih dahulu kesannya dan gunakanlah bahasa yang baik dari segenap aspek sama ada istilah, tatabahasa atau ayat kerana bahasa yang baik melambangkan bangsa yang bermaruah. Bahasa jugalah yang menyatukan kita semua.
No comments:
Post a Comment