Tuesday, February 22, 2011

PEDO

Situasi
Semalam aku telah ku rumah Asmah temah sekelasku untuk meminta tunjuk ajarnya tentang pengajaran Mikro yang akan ku laksanakan pada minggu hadapan. Sambil kami berbincang mengenai hal ini, aku meluahkan kerisauan yang seringkali bermain dimindaku kepadanya.

Aku       : Asmah, Mila takutlah nak ngajar nanti.
Asmah : Tak apa, Asmah pun takut jugak sebenarnya. Tapi kita cubalah semampu yang boleh.
aku        : Bukan apa Mila risau tercakap dialek utara pulak nanti masa ngajar mikro tu.
                 Tapi macam mana pun Mila kena 'pedo' jangan sampai terkeluar dialek tu.
Asmah : hah! apa Mila cakap tadi 'pedo'. apa kaitannya 'pedo' dengan dialek. 
Aku       : ooo 'pedo' tu maksudnya kawal atau berjaga-jaga tapi orang Kedah panggil 'pedo'.
Asmah : ooo gitu, kalau kat tempat Asmah( negeri Johor) 'pedo' tu seperti rasa pedas,tengik,
                 macam satu rasa dekat tekak apabila kita memakan  sesuatu masakan terlebih halia. 

Tinta bicara
Dialek dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa atau ragam bahasa yang berbeza daripada bahasa standard. Variasi bahasa ini digunakan digunakan dalam suatu daerah atau sesuatu kelas sosial tertentu. Berbeza daripada bahasa baku yang digunakan dalam situasi rasmi. Manakala dialek pula digunakan dalam situasi-situasi lain yang tidak rasmi seperti dalam perhubungan kekeluargaan dan pergaulan harian. Penggunaan dialek kadangkala boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan atau kecelaruan makna. Pertembungan penggunaan bahasa dialek ini kadangkala telah menyebabkan kesalah fahaman makna antara penutur dengan penutu dengan penutur lain yang berasal dari daerah yang berlainan. Contoh pada penggunaan istilah “pedo” yang aku gunakan ketika berbual dengan  rakanku telah membuatkan rakanku tercengang kerana baginya istilah “pedo” yang ku gunakan itu tidak bersesuaian dengan konteks ayat yang ku tuturkan. Hal ini berlaku disebabkan  perbezaan  pengetahuan yang dia ada mengenai makna istilah tersebut. Di sini jelas menunjukkan kadangkala istilah yang digunakan dalam dialek memberi makna yang berbeza antara penutur dan pendengar. Hal ini ada kalanya boleh menyebabkan sesuatu komunikasi yang ingin disampaikan tidak berjaya kerana apa yang hendak disampaikan gagal difahami oleh pihak pendengar. 

No comments:

Post a Comment