Tuesday, February 22, 2011

IALAH ATAU ADALAH

Situasi
Dulunya aku masih keliru dengan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ dalam konteks ayat. Sebelum ini aku hanya menggunakan kata pemeri ini mengikut kesesuaian dan kesedapan aku sendiri tanpa mengetahui penggunaannya yang betul dalam konteks ayat sama ada secara lisan mahupun tulisan. Tetapi pada hari ini Prof Ameritus Dr, Abdullah Hassan telah memberikan kata kunci yang mudah diingat dan boleh dijadikan panduan kepada kita semua.  Panduan ini boleh digunakan untuk kita berbahasa dengan betul sama ada secara lisan atau penulisan disamping dapat  diajarkan kepada pelajar-pelajar kelak. Berikut ialah kata kunci yang disampaikan oleh beliau:

-Kata pemeri ‘ialah’ digunakan bagi mendefinisikan sesuatu. Contoh ayat:


·         Telefon ialah alat elektronik yang digunakan untuk berhubung dengan pihak lain
-Kata pemeri ‘adalah’ digunakan dalam ayat untuk tujuan selain daripada tujuan mendefinisan sesuatu. Contoh ayat:

·         Ali adalah antara pelajar yang memperoleh markah tertinggi di dalam kelas.

Tinta bicara:
Kata pemeri ialah kata yang yang bertugas memerihal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’. Kata pemeri tergolong dalam kata tugas. Pada umumnya, kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, contohnya angin  ialah udara yang bergerak manakala 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya bunga itu adalah untuk kekasihnya. Kata pemeri juga pada umumnya tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, contoh ayat yang mengandungi kesalahan penggunaan kata pemeri bersama-sama kata nafi, lelaki itu adalah bukan adik saya. Selain itu kata pemeri turut tidak boleh hadir di hadapan frasa atau kata kerja.Dibawah menunjukkan perbezaan antara penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’:



IALAH
ADALAH
-Diletakkan dihadapan kata nama atau frasa  nama.

- berfungsi membuat takrifan. Kata ini menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang.

 Contoh:
  • Pemimpin  ialah ketua bagi sesebuah oranisasai.
  • Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang didasarkan kepada rakyat
  •   Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
  •  Rojak ialah makanan kegemaran saya.



-Hadir dihadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama.
 -memberi huraian atau penjelasan mengenai subjek. Kata ini menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraiannya.
 Contoh:
  •  Surat itu adalah untuk ibu saya di kampung".
  •   Melihat filem adalah dengan mencari tema dan persoalannya.
  •  Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu
  •    Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.




1 comment:

  1. assalamualaikum cg,cg kenal saya dak,tq cg website ni bnyak membantu

    ReplyDelete