Situasi
Assalamualaikum...hari ini aku mahu cerita mengenai dialek. Dialek dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa yang berbeza daripada bahasa standard. variasi bahasa ini digunakan dalam satu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial tertentu. Berbeza daripada bahasa baku yang digunakan dalam situasi rasmi, dialek digunakan dalam situasi-situasi lain yang tidak rasmi seperti dalam perhubungan kekeluargaan dan pergaulan harian.

Berbalik kepada tajuk utama aku iaitu dialek, hari ini aku telah belajar beberapa istilah menggunakan dialek kelantan daripada teman-teman serumahku..Memandangkan teman-teman serumahku lebih ramai terdiri daripada rakyat negeri Kelantan jadi aku mengambil peluang yang ada ini untuk menambah ilmu. Sebelum ini apabila mereka berbual menggunakan dialek negeri kelantan, aku hanya terdiam dan tercengang. aku tidaj berani mencelah kerana aku sendiri tidak memahami apa yang mereka bicarakan. Kadang-kala aku terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya agar sedikit sebanyak aku dapat memahami apa yang mereka bicarakan. Kadang kala pula aku akan meminta mereka mengulang kembali apa yang mereka katakan menggunakan bahasa melayu baku. Selepas itu pasti aku akan ditertawakan. Tanpa jemu teman-temanku akan menterjemah kembali setiap perkataan yang tidak ku fahami. Ini adalah antara perkataan yang berjaya aku muatkan dalam kotak ingatanku:
Dialek kelantan | Bahasa baku |
seqho ngacik kuku koqhe be ore ula tino kuba mokte tepoh mitok gode kijo punoh ghocoh puyok spita | Terasa pengepit kuku Pemarut kelapa azan orang ular perempuan kerbau rambutan langgar mintak pukul kerja rosak gaduh periuk hospital |
Tinta Bicar
Malaysia adalah sebuah nergara yang sungguh unik, terdapat pelbagai masyarakat yang menggunakan dialek yang berbeza-beza. Setiap dialek yang dituturkan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tidak menjadi kesalahan kita menggunakan dialek dalam percakapan tetapi haruslah sesuai pada tempatnya. Contohnya jika dalam pertuturan harian gunalah dialek yang lebih menyelesakan kita, tetapi dalam situasi rasmi adalah lebih baik kita menggunakan bahasa Melayu baku. Walau apa sekalipun dialek yang kita guna hari ini, bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kebangsaan yang harus kita martabatkan.

No comments:
Post a Comment